Wednesday, December 26, 2012

Soft Paisley Bohemian Shawl

RM25 including postage.
Normal shawl measurement.
With paisley design. Bordered shawl.
Material: Soft cotton.

Interested text me at 019 9302320.
Thank you.

Sunday, November 18, 2012

ISRAEL VERSUS PALESTINE + ALLAH


It is He Who got out the Unbelievers among the People of the Book from their homes at the first gathering (of the forces). Little did ye think that they would get out: And they thought that their fortresses would defend them from Allah ! But the (Wrath of) Allah came to them from quarters from which they little expected (it), and cast terror into their hearts, so that they destroyed their dwellings by their own hands and the hands of the Believers. Take warning, then, O ye with eyes (to see)!
(Surah Al Hasyr, Verse 2) 


See how wonderful His kitab (book) is. It describes what is happening right now in Gaza. Israel are not just fighting with  the  villagers of a small village, but they are fighting with the chosen people.. with help of the strongest power..



Sources: ayat (PMO), picture (Aqsa Syarif)



Monday, September 3, 2012

Vintage Square Hijabs

VINTAGE SQUARE HIJABS

IMPORTED FROM INDIA
PRINTED CHIFFON
COOLING FABRIC
EASY TO SHAPE

Price: RM20
Free Delivery for West Malaysia
Shipping fees for East Malaysia (RM5)

These hijabs are from Miss22 Collection 












Saturday, July 21, 2012

Simple calculus


Sorry for the bad resolution, I use my phone camera.

1                                                                                2

 3                                                                                4

 5                                                                              6

 7                                                                                    8
 It is XA not XB



Any error please let me know.



Sunday, June 17, 2012

6 ÷ 2(1+2)

Jawapan dia 1 ke 9?

Ramai orang yang confuse dengan gambar yang kat atas ni ha. Apa jawapan sebenar bagi soalan pada calculator tu? Aku mula2 confident jawab 1, tapi tiba2 ramai pulak yang cakap jawapan dia 9. Memang mengelirukan sikit soalan dia. Nak guna BODMAS ke? Aku pun tak tahu sangat benda alah apa BODMAS tu. Last aku guna BODMAS time UPSR dulu2. Tapi lepas  dah pikir2, barulah aku faham sikit apa yang buat aku keliru.

Soalan ni kalau bagi professor Math memang dia akan jawab  1. Tapi kalau tanya budak2 pandai darjah enam yang nak UPSR tu mesti diorang jawab 9. Percaya tak?
Soalan tersebut berbunyi 6 ÷ 2(1+2). Dalam bentuk yang lain soalan tersebut boleh gak ditulis macam ni   

 So solution bagi soalan ini ialah:

= 1

Jadi jawapan official dia ialah 1. Soalan ini takkan pernah masuk UPSR aku rasa sebab memang akan kelirukan budak2 tu. Tapi aku tak tau la, aku pun dah lama meninggalkan bangku sekolah rendah. Bukan ingat sangat syllabus dia.

Walaubagaimanapun, jawapan 9 masih boleh menjadi jawapan JIKA terdapat symbol×’ di antara nombor 2 dan (1+2) yang menjadikan equation tersebut 6 ÷ 2 × (1+2). Solution bagi soalan ini ialah:
=6 ÷ 2 × (1+2)
= 6 ÷ 2 × 3
= 9

Haaa, soalan 6 ÷ 2 × (1+2) ni bolehlah ditanya dalam exam UPSR. Tak kelirukan budak2.

Tapi dalam kes calculator ni jawapan dia memang 1 dan BUKAN 9. Kehadiran symbol×’ atau nama glamour dia multiplication sign memang boleh bagi kesan pada jawapan soalan math kita.

 Lagi satu hal, kedua2 calculators tu memang boleh dipercayai and both tak mereng. Jawapan calculators  tu lain2 sebab ada simple trick yang digunakan. Semua orang pun boleh buat trick tu. Boleh cuba sendiri.

 Wallahualam. 

 *If you find any error please let me know.

Monday, June 11, 2012

Hijab Square RM15 Inclusive Postage

 ~ Hijab Square ~

 RM15 including postage
 Limited to few pieces, so grab them now!
Text me at 019-9302320 (Aisyah) to order.
 Payment via CIMB. 

My friends wearing the Hijab squares.

 The Hijab Squares (Sold)

 Code: Green1

 Code: Green2(Sold)

 Code: Green3 (Sold)

Code: Blue1(Sold)

Code: Gray1 (Sold)

Thursday, May 31, 2012

Sinopsis Desa Salji by Yasunari Kawabata

*Please do not cite, circulate, or copy without permission of the author.

Bahagian 1
Novel Desa Salji diterjemah oleh Ainon Abu Bakar daripada karya hasil penulisan Yasunari Kawabata, Yukiguni. Novel ini mengisahkan tentang cinta tidak kesampaian yang dialami oleh watak-watak utamanya iaitu Shimamura, Komako serta Yoko.
Novel ini dimulakan dengan adegen dalam kereta api, semasa Shimamura dalam perjalanan ke desa salji. Dia terlihat seorang gadis yang sangat menawan di dalam kereta api tersebut. Gadis tersebut bersama-sama dengan seorang lelaki sakit yang kelihatan seperti suaminya. Gadis bernama Yoko itu melayan lelaki tersebut dengan baik sekali.
Apabila tiba di desa salji Shimamura mengambil teksi untuk ke rumah tumpangan. Dia bertemu pula dengan Komako, seorang gadis yang sudah hampir tujuh bulan/ 199 hari (m/s 45) tidak ditemuinya. Gadis itu sudah menjadi geisha kerana dia dilihat berbedak tebal serta skirt kimono yang dipakainya labuh meleret ke lantai. Mereka berdua beriringan ke bilik Shimamura (m/s 14). Mereka mula mengimbas kembali ketika mereka bertemu buat pertama kali.
Imbas kembali (m/s 16): Komako bukannya seorang geisha namun dia sering membantu di majlis-majlis keramaian. Pembantu rumah tumpangan telah memanggil Komako untuk melayan Shimamura kerana geisha yang ada sangat sibuk sekali untuk majlis pembukaan sebuah jalan. Komako dilihat Shimamura sebagai seorang yang sangat suci dan bersih. Dia tidak sampai hati meragut kesucian Komako dan mahu berkawan dengan lebih lama dengan Komako. Jadi dia telah menyuruh Komako mencarikannya seorang geisha lain. Komako marah padanya walaubagaimanapun dia mencarikan juga seorang geisha untuk Shimamura. Namun geisha tersebut tidak menarik di mata Shimamura.
Namun pada satu malam, Komako telah masuk ke bilik Simamura dalam keadaan mabuk. Dia mengatakan perkara-perkara yang tidak masuk akal. Saya berpendapat Komako mahu Shimamura melayan kerenahnya yang ketika itu separuh sedar. Perasaan Komako seolah-olah berbelah bahagi samada mahu menyerahkan dirinya atau pun tidak.dan Shimamura faham akan kehendak Komako. Akhirnya Shimamura telah menariknya ke atas katil (m/s 38, 39). Saya berpendapat mereka telah mengadakan hubungan seks walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh Yasunari Kawabata. Kemudian Shimamura berangkat pulang ke Tokyo. (Imbas kembali tamat)
Mereka kemudian bercerita tentang diari, novel, filem dan drama. Komako telah ikut Shimamura ke kolam mandi (m/s 49) dan pada pagi-pagi buta, Komako pulang ke rumahnya. 
Keesokan harinya Shimamura bertemu Komako dan bertanya tentang Yoko dan memberitahu dia amat tertarik dengannya (m/s 56). Komako tidak menjawab soalan Shimamura dan berpendapat bahawa Shimamura seorang yang pelik. Mereka kemudian pergi ke rumah Komako di mana Shimamura sekali lagi bertemu dengan Yoko (m/s 60). Semasa pulang dari rumah Komako, Shimamura menahan seorang tukang urut untuk mendapatkan khidmat urutannya. Daripada tukang urut tersebut, dia mengetahui bahawa Yukio, lelaki sakit yang dijaga Yoko itu merupakan tunangan Komako.
Suatu mesyuarat diadakan di rumah tumpangan yang mana Komako dijemput hadir (m/s 67). Komako duduk di bilik Shimamura dan bermalam di sana selama tiga hari. Mereka bercerita tentang hubungan Komako dan Yukio. Yoko menghantar samisen Komako ke rumah tumpangan (m/s 74). Komako bermain alat muzik tersebut sambil berbual dengan Shimamura. Semasa Shimamura pergi ke stesen kerata api untuk pulang ditemani Komako, tiba-tiba Yoko datang kepada mereka dan memberitahu bahawa Yukio sedang nazak. Namun Komako tidak mahu pulang kerana menurutnya, dia tidak mahu melihat orang mati. Komako telah menolak Yoko hanya kerana dia meminta izin kepada Shimamura untuk membenarkan Komako pulang.

Bahagian 2
Selepas hampir setahun (m/s 104), Shimamura kembali ke desa salji. Dia sepatutnya kembali semasa Pesta Buru Burung namun dia telah mungkir pada janjinya kepada Komako itu. Shimamura mendapat tahu Yukio sudah mati (m/s 101). Kemudian, mereka bercerita tentang Kikuyu yang baru bersara (m/s 104), bercerita tentang tempat tinggal Komako yang baru iaitu rumah geisha yang sebenar (m/s 109), tentang kesihatan Komako dan tentang Yukio (m/s 114).
Esoknya, Shimamura bertanya tentang Yoko kepada Komako dan Komako menjawab bahawa Yoko banyak menghabiskan masanya di pusara Yukio (m/s 117). Shimamura pergi bersiar-siar di sekitar kampung selepas Komako meninggalkannya. Saya berpendapat Shimamura mahu pergi mencari Yoko. Shimamura terlihat Yoko di pusara Yukio (m/s 118).
Keesokan harinya apabila terjaga daripada tidur, Shimamura melihat Komako sedang duduk di sisinya. Mereka kemudian pergi ke pusara dan terserempak dengan Yoko (m/s 128). Komako mengatakan bahawa dia ingin mencuci rambutnya kepada Yoko dan berlalu pergi bersama Shimamura. Shimamura bertanya sama ada Yoko tinggal bersendirian kepada Komako dan ini membuatkan Komako melenting.
Semasa sebuah parti diadakan di rumah tumpangan, Yoko telah menghantar surat Komako kepada Shimamura. Shimamura berkesempatan untuk berbual-bual dengan Yoko (m/s 143). Shimamura berkata “ Menurut Komako engkau seorang yang sungguh cemburu. Bukankah lelaki itu tunangannya?” dan Yoko menjawab “ Yukio? Dusta. Dusta.”.
Shimamura berfikir tentang kain chijimi dan seolah-olah menyamakan chijimi dengan Yoko (m/s 162- 166). Dia terdengar bunyi bayu jauh dan dentingan loceng yang samar-samar. Dia melekapkan telinganya ke sebuah cerek untuk mendengar. Kemudian tiba-tiba dia dapat melihat kaki Komako berlari-lari anak ikut dentingan loceng. Berdasarkan pengenalan (m/s xviii) saya berpendapat ketika ini, Shimamura sedang mengimbas kembali kejadian kebakaran gudang kokun yang telah berlaku dan dentingan loceng tersebut merujuk kepada bunyi amaran kebakaran gudang yang dia dengar semasa malam kejadian.
Imbas kembali: Semasa pulang dari kawasan chijimi menaiki teksi, Shimamura singgah ke restoran Kikumura dan bertemu Komako. Tiba-tiba amaran api berbunyi (m/s 175). Rupa-rupanya gudang kokun sedang terbakar. Mereka bergegas ke gudang tersebut. Komako begitu cemas sekali. Orang ramai melihat tubuh seorang perempuan jatuh ke tengah-tengah nyalaan api. Rupa-rupanya tubuh itu milik Yoko. Komako berlari mendapatkan jasad Yoko yang kaku dan mengangkatnya keluar daripada kawasan kebakaran itu. Dia merintih sayu.

Saturday, April 28, 2012

Terrbeli


Ada beberapa shawls yang saya terbeli from various online shoppe. All are bordered shawls, some with paisleys design, some with tribal design and some with songket border. So I'm going to sell 'em to those who interested. The price between RM20 to RM27. 


The headscarves.
Code for the shawls (refer to the shawls position in the above picture):
 A (RM27)
 B (RM25)
*C (RM20)
D (RM25)
*E (RM20)
 F (RM20)
G (RM27)
H (RM25)
I (RM27)
J (RM25)
K (RM27)
L (RM20)
M (RM25)
N (RM27)
O (RM25
* Pre-loved. All price include postage. Sold


More pictures;


A, B, C, F, G, H, K, L and M.


C, D, E, H, I, J, M, N and O.


Only have one piece for each shawl. So hurry grab them!

Jika berminat SMS saya di 019-9302320. Payment: CIMB. Thank you.

Friday, April 27, 2012

Novel Madam Bovary 2

*Please do not cite, circulate, or copy without permission of the author.

 Watak dan perwatakan
Watak
Perwatakan

Charles Bovary
·         Belajar perubatan di sebuah kolej di Rouen (m/s 7).
·         Menjadi seorang doktor (m/s 10).
·         Mengahwini Emma (m/s 24)
·         Terlalu setia dan percayakan isteri.
·         Digambarkan sebagai sebagai seorang lelaki yang tidak mempunyai nafsu yang berlebihan oleh Emma (m/s 40).
·         Digambarkan sebagai seorang yang pengecut oleh Emma (m/s 54).
Emma Bovary/ Madam Bovary
·         Sungguh cantik pada pandangan Charles (m/s 21)
·         Anak Rouault (m/s 16)
·         Pernah belajar di sebuah biara, menurut isteri pertama Charles biara tersebut terletak di Ursuline (m/s 16, 32).
·         Mengotori jiwanya dengan dongeng-dongeng lama; tentang keindahan perasaan, tentang percintaan antara teruna dara, tentang  gadis-gadis yang dilanda kepiluan dan mengasingkan diri kerana ditinggalkan kekasih semasa di biara (m/s 33, 34).
·         Sering berkhayal tentang kamar-kamar penyeksaan dan pemuzik-pemuzik zaman silam (m/s 34).
·         Pandai melukis dan bermain piano (m/s 38).
Charles Denis Bartholomew Bovary
·         Bapa Charles.
·         Bekas pembantu sarjan mejar (m/s 4)
·         Mendapat 60 000 franc sebagai mas kahwin (m/s 4).
Madam Bovary
·         Ibu Charles.
Monsieur Rouault
·         Bapa Emma.
·         Menjadi pesakit Charles yang patah kaki (m/s 14)
·         Mempunyai ladang yang cantik dan mewah bernama Les Bertaux (m/s 12).
Vicomte
·         Lelaki yang mengajarkan Emma tarian waltz di kediaman Marquis d’ Andervilliers (m/s 46).
Berthe/ Mademoiselle Bovary
·         Anak Charles dan Emma (m/s 77).
·         Homais ialah bapa angkatnya (m/s 77).
Djali
·         Anjing Emma (m/s 41).
Nastasie
·         Pembantu rumah Charles yang pertama.
·         Dipecat oleh Emma kerana meninggikan suara kepadanya.
Felicite
·         Pembantu rumah baru keluarga Bovary.
·         Berumur 14 tahun.
Monsieur Homais
·         Pemilik sebuah kedai ubat (m/s 62).
·         Mempunyai empat orang anak; Franklin, Athalie, Irma dan Napoleon (m/s 327).
·         Mendapat gelaran Legion of Honour (m/s 331).
Monsieur Lheureux
·         Memujuk Emma yang kehilangan Djali dalam karej semasa Charles berpindah ke Yonville (m/s 67)
·         Seorang Gascon tetapi telah menjadi anak angkat seorang Normandy.
·         Ada yang mengatakan dia pernah menjadi pengurus bank di Routot (m/s 89).
·         Menipu kewangan Emma.
·         Rakan niaga rahsia Maitre Guillaumin (m/s 282).
Hivert
·         Pemandu karej yang bernama Swallow (m/s 66).
·         Memandu Swallow dari Golden Lion ke luar Yonville.
·         Menumpangkan Emma ke Rouen setiap khamis untuk bertemu Leon (m/s 240).
Madam Lefrancois
·         Seorang janda.
·         Pemilik sebuah inn yang bernama Golden Lion (m/s 62 dan 160).
Monsieur Leon Dupuis
·         Pelanggan di kedai makan dalam Golden Lion (m/s 64).
·         Tinggal di rumah Homais.
·         Kerani kepada seorang peguam bernama Maitre Guillaumin (m/s 67).
·         Bekerja dengan Maitre Dubocage semasa di Rouen (m/s 269).
·         Menjalinkan hubungan dengan Emma.
Monsieur Rodolphe Boulanger
·         Pemilik ladang La Huchette (m/s 112).
·         Bujang dan mempunyai pendapatan kurang daripada 15 000 livres setahun (m/s 112).
·         Menjalinkan hubungan dengan Emma.
Maitre Guillaumin
·         Majikan Leon (m/s 67).
·         Rakan niaga rahsia Lheureux (m/s 282).
·         Cuba mengambil kesempatan terhadap Emma ketika Emma minta tolong kepadanya semasa menghadapi masalah hutang (m/s 284).
Monsieur Binet
·         Pelanggan di kedai makan dalam Golden Lion (m/s 64).
·         Memimpin perbarisan semasa pameran pertanian (m/s 116)
·         Emma minta tolong kepadanya semasa menghadapi masalah hutang (m/s 286).
Justin
·         Orang gaji Homais merangkap sepupunya (m/s 74).
·         Anak buah Homais (m/s 84).
Abbe Bournisien
·         Paderi di Yonville (m/s 77).
Monsieur Tuvache
·         Datuk Bandar Yonville (m/s 82).
Lestiboudois
·         Penggali kubur di Yonville (m/s 122)
Hippolyte Tautain
·         Penjaga kuda di Golden Lion (m/s 124 dan 160).
·         Pesakit Charles Bovary yang patah kaki (m/s 157).
·         Menghidap kelemayuh (m/s 164).
Monsieur/ Doktor Canivet
·         Pegawai perubatan bertauliah dipanggil untuk membantu merawat Hippolyte (m/s 164).
·         Tinggal di Neufchatel (m/s 299).
·         Membantu merawat Emma yang tenat (m/s 301).
·         Membedah mayat Charles (m/s 330).
Girard
·         Orang gaji Rodolphe (m/s 186).
Edgar Lagardy
·         Penyanyi tenor yang terlibat dengan pementasan Lucie de Lammermoor (m/s 202).
Felicite Lempereur
·         Profesor muzik yang sepatutnya mengajar Emma bermain piano di Rouen (m/s 248).
Maitre Dubocage
·         Majikan Leon di Rouen (m/s 269).
Maitre Hareng
·         Peguam yang terlibat dalam kes hutang Emma (m/s 275).
Doktor Lariviere
·         Merawat Emma yang diracuni arsenik (m/s 302).