*Please do not cite, circulate, or copy without permission of the author.
Bahagian
1
Novel
Desa Salji diterjemah oleh Ainon Abu Bakar daripada karya hasil penulisan
Yasunari Kawabata, Yukiguni. Novel
ini mengisahkan tentang cinta tidak kesampaian yang dialami oleh watak-watak
utamanya iaitu Shimamura, Komako serta Yoko.
Novel
ini dimulakan dengan adegen dalam kereta api, semasa Shimamura dalam perjalanan
ke desa salji. Dia terlihat seorang gadis yang sangat menawan di dalam kereta
api tersebut. Gadis tersebut bersama-sama dengan seorang lelaki sakit yang kelihatan
seperti suaminya. Gadis bernama Yoko itu melayan lelaki tersebut dengan baik
sekali.
Apabila
tiba di desa salji Shimamura mengambil teksi untuk ke rumah tumpangan. Dia
bertemu pula dengan Komako, seorang gadis yang sudah hampir tujuh bulan/ 199
hari (m/s 45) tidak ditemuinya. Gadis itu sudah menjadi geisha kerana dia
dilihat berbedak tebal serta skirt kimono yang dipakainya labuh meleret ke
lantai. Mereka berdua beriringan ke bilik Shimamura (m/s 14). Mereka mula
mengimbas kembali ketika mereka bertemu buat pertama kali.
Imbas
kembali (m/s 16): Komako bukannya seorang geisha namun dia sering membantu di
majlis-majlis keramaian. Pembantu rumah tumpangan telah memanggil Komako untuk
melayan Shimamura kerana geisha yang ada sangat sibuk sekali untuk majlis pembukaan
sebuah jalan. Komako dilihat Shimamura sebagai seorang yang sangat suci dan
bersih. Dia tidak sampai hati meragut kesucian Komako dan mahu berkawan dengan
lebih lama dengan Komako. Jadi dia telah menyuruh Komako mencarikannya seorang
geisha lain. Komako marah padanya walaubagaimanapun dia mencarikan juga seorang
geisha untuk Shimamura. Namun geisha tersebut tidak menarik di mata Shimamura.
Namun
pada satu malam, Komako telah masuk ke bilik Simamura dalam keadaan mabuk. Dia
mengatakan perkara-perkara yang tidak masuk akal. Saya berpendapat Komako mahu
Shimamura melayan kerenahnya yang ketika itu separuh sedar. Perasaan Komako
seolah-olah berbelah bahagi samada mahu menyerahkan dirinya atau pun tidak.dan
Shimamura faham akan kehendak Komako. Akhirnya Shimamura telah menariknya ke atas
katil (m/s 38, 39). Saya berpendapat mereka telah mengadakan hubungan seks
walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh Yasunari Kawabata. Kemudian
Shimamura berangkat pulang ke Tokyo. (Imbas kembali tamat)
Mereka kemudian bercerita tentang diari, novel, filem dan
drama. Komako telah ikut Shimamura ke kolam mandi (m/s 49) dan pada pagi-pagi
buta, Komako pulang ke rumahnya.
Keesokan harinya Shimamura bertemu Komako dan bertanya
tentang Yoko dan memberitahu dia amat tertarik dengannya (m/s 56). Komako tidak
menjawab soalan Shimamura dan berpendapat bahawa Shimamura seorang yang pelik.
Mereka kemudian pergi ke rumah Komako di mana Shimamura sekali lagi bertemu
dengan Yoko (m/s 60). Semasa pulang dari rumah Komako, Shimamura menahan
seorang tukang urut untuk mendapatkan khidmat urutannya. Daripada tukang urut
tersebut, dia mengetahui bahawa Yukio, lelaki sakit yang dijaga Yoko itu merupakan
tunangan Komako.
Suatu mesyuarat diadakan di rumah tumpangan yang mana
Komako dijemput hadir (m/s 67). Komako duduk di bilik Shimamura dan bermalam di
sana selama tiga hari. Mereka bercerita tentang hubungan Komako dan Yukio. Yoko
menghantar samisen Komako ke rumah
tumpangan (m/s 74). Komako bermain alat muzik tersebut sambil berbual dengan
Shimamura. Semasa Shimamura pergi ke stesen kerata api untuk pulang ditemani
Komako, tiba-tiba Yoko datang kepada mereka dan memberitahu bahawa Yukio sedang
nazak. Namun Komako tidak mahu pulang kerana menurutnya, dia tidak mahu melihat
orang mati. Komako telah menolak Yoko hanya kerana dia meminta izin kepada Shimamura
untuk membenarkan Komako pulang.
Bahagian 2
Selepas
hampir setahun (m/s 104), Shimamura kembali ke desa salji. Dia sepatutnya
kembali semasa Pesta Buru Burung
namun dia telah mungkir pada janjinya kepada Komako itu. Shimamura mendapat
tahu Yukio sudah mati (m/s 101). Kemudian, mereka bercerita tentang Kikuyu yang
baru bersara (m/s 104), bercerita tentang tempat tinggal Komako yang baru iaitu
rumah geisha yang sebenar (m/s 109), tentang kesihatan Komako dan tentang Yukio
(m/s 114).
Esoknya,
Shimamura bertanya tentang Yoko kepada Komako dan Komako menjawab bahawa Yoko
banyak menghabiskan masanya di pusara Yukio (m/s 117). Shimamura pergi
bersiar-siar di sekitar kampung selepas Komako meninggalkannya. Saya
berpendapat Shimamura mahu pergi mencari Yoko. Shimamura terlihat Yoko di
pusara Yukio (m/s 118).
Keesokan harinya apabila terjaga daripada tidur,
Shimamura melihat Komako sedang duduk di sisinya. Mereka kemudian pergi ke
pusara dan terserempak dengan Yoko (m/s 128). Komako mengatakan bahawa dia
ingin mencuci rambutnya kepada Yoko dan berlalu pergi bersama Shimamura.
Shimamura bertanya sama ada Yoko tinggal bersendirian kepada Komako dan ini
membuatkan Komako melenting.
Semasa sebuah parti diadakan di rumah tumpangan, Yoko
telah menghantar surat Komako kepada Shimamura. Shimamura berkesempatan untuk
berbual-bual dengan Yoko (m/s 143). Shimamura berkata “ Menurut Komako engkau
seorang yang sungguh cemburu. Bukankah lelaki itu tunangannya?” dan Yoko
menjawab “ Yukio? Dusta. Dusta.”.
Shimamura berfikir tentang kain chijimi dan seolah-olah menyamakan chijimi dengan Yoko (m/s 162- 166). Dia terdengar bunyi bayu jauh
dan dentingan loceng yang samar-samar. Dia melekapkan telinganya ke sebuah
cerek untuk mendengar. Kemudian tiba-tiba dia dapat melihat kaki Komako
berlari-lari anak ikut dentingan loceng. Berdasarkan pengenalan (m/s xviii) saya berpendapat ketika ini,
Shimamura sedang mengimbas kembali kejadian kebakaran gudang kokun yang telah berlaku
dan dentingan loceng tersebut merujuk kepada bunyi amaran kebakaran gudang yang
dia dengar semasa malam kejadian.
Imbas
kembali: Semasa pulang dari kawasan chijimi menaiki teksi, Shimamura singgah ke
restoran Kikumura dan bertemu Komako. Tiba-tiba amaran api berbunyi (m/s 175).
Rupa-rupanya gudang kokun sedang terbakar. Mereka bergegas ke gudang tersebut.
Komako begitu cemas sekali. Orang ramai melihat tubuh seorang perempuan jatuh
ke tengah-tengah nyalaan api. Rupa-rupanya tubuh itu milik Yoko. Komako berlari
mendapatkan jasad Yoko yang kaku dan mengangkatnya keluar daripada kawasan
kebakaran itu. Dia merintih sayu.