We learn this novel in Cikgu Subaidah Malay A1 class in second semester. May this note helps. Any error please let me know.
*Please do not cite, circulate, or copy without permission of the author.
*Please do not cite, circulate, or copy without permission of the author.
Sinopsis
Novel
ini mengisahkan tentang kehidupan sepasang suami isteri yang mana si isteri
bernama Emma Bovary manakala si suami diberi nama Charles Bovary. Kisah
dimulakan dengan sedikit gambaran hidup Charles Bovary semasa zaman
kanak-kanaknya.
Bapa
Charles yang bernama Charles Denis Bartholomew Bovary merupakan seorang bekas
pembantu sarjan mejar. Ibunya merupakan anak gadis seorang peniaga kaya yang
telah terpikat dengan bapanya disebabkan ketampanannya. Ibu Charles mendidiknya
dengan baik berbeza dengan bapanya yang selalu mengajarkannya perkara-perkara
yang tidak berfaedah. Dalam novel ini
terdapat dua orang yang dikenali sebagai Madam Bovary iaitu ibu Charles dan
juga isteri Charles iaitu Emma.
Charles
yang belajar perubatan di sebuah kolej di Rouen akhirnya menjadi seorang doktor
di Tostes. Dia dikahwinkan dengan seorang janda hodoh yang berusia 45 tahun
yang merupakan pilihan ibunya.
Suatu
hari ketika merawat Monsieur Rouault di
ladang yang bernama Les Bertaux,
Charles bertemu dengan anak Rouault yang bernama Emma. Dia berasa tertarik
dengan Emma dan sejak itu, Charles kerap datang ke Les Bertaux. Isteri Charles cemburu kepada Emma dan sering membebel
terhadap suaminya.Selepas kematian isteri pertamanya, Charles berkahwin dengan
Emma dan mereka tinggal di Tostes. Pada mulanya Emma berasa bahagia dengan
kehidupannya namun lama kelamaan dia mula bosan dengan perangai Charles. Emma
menyifatkan Charles sebagai seorang lelaki yang tidak mempunyai nafsu yang
berlebihan (m/s 40).
Emma
dan Charles pernah diundang ke majlis tari menari di kediaman Marquis d’
Andervilliers, seorang bekas Setiausaha Kerajaan (m/s 41). Semenjak pulang dari
majlis tersebut, nafsu Emma untuk mempunyai kehidupan mewah dan hidup di bandar
mula membuak-buak. Akhirnya, Charles dan Emma berpindah ke Yonville, sebuah pekan
yang lebih maju daripada Tostes. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang
diberi nama Berthe. Keluarga Bovary mempunyai hubungan yang baik dengan
penduduk di Yonville.
Suatu
ketika, Emma telah jatuh cinta denganMonsieur Leon Dupuis. Leon membalas
cintanya namun Emma menguatkan dirinya untuk menolak cinta Leon. Disebabkan
itu, Leon membawa dirinya ke Paris.
Semasa
pameran pertanian yang diadakan di Yonville, seorang tuan tanah yang kaya dan
masih bujang, Monsieur Rodolphe Boulanger telah tertarik dengan Emma. Pada
mulanya Emma cuba menolak cinta Rodolphe tersebut. Namun setelah dipujuk rayu,
dia menyerahkan dirinya kepada Rodolphe. Emma melakukan perbuatan terkutuk dengan
Rodolphe di belakang suaminya Charles yang naïf. Mereka merancang untuk
melarikan diri namun kerana tidak mahu segala yang dimilikinya musnah, Rodolphe
telah mengkhianati cinta mereka dan melarikan diri meninggakan Emma. Emma
mengalami gangguan saraf disebabkan perkara itu.
Semasa
Charles dan Emma berada di Rouen untuk menonton pementasan teater Lucie de Lammermoor, mereka terserempak
dengan Leon. Pada ketika itu Emma tidak dapat menahan cintanya terhadap Leon
lagi lantas menyambung semula hubungan mereka yang terputus suatu ketika
dahulu. Setelah pulang dari Rouen, Emma menipu Charles untuk belajar bermain
piano di Rouen setiap hari khamis (m/s 240) namun hakikatnya dia pergi ke sana
untuk bermadu kasih dengan Leon.
Emma
merupakan seorang yang sering menurut hawa nafsunya dan telah banyak berhutang
dengan Monsieur Lheureux, seorang penjual barang hiasan. Lheureux telah membuat
satu surat perjanjian hutang dengan Emma yang telah melibatkan Vincart seorang
pengurus bank di Rouen. Surat perjanjian hutang yang ditandatangani Emma itu
hanyalah untuk menipu kewangan Emma dan menyebabkan hutang yang dia tanggung
berganda dengan banyaknya. Emma cuba sedaya untuk melunaskan hutang tersebut
namun hutang tersebut terlalu banyak. Dia meminta pertolongan daripada Leon. Charles
walaupun merupakan seorang doktor juga tidak mampu menyelesaikan hutang
tersebut kerana Emma telah banyak menggunakan wangnya.
Kerana
berasa sangat tertekan, Emma mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan
menelan arsenik yang dia peroleh dari den rumah Monsieur Homais, seorang
pemilik kedai ubat-ubatan. Charles cuba merawat Emma yang tenat. Doktor Lariviere,
seorang pegawai perubatan yang dihormati dijemput untuk merawat Emma namun
segala usaha hanyalah sia-sia. Emma menghembuskan nafas terakhirnya dengan
seluruh tubuhnya bergoncang (m/s 307).
Charles
yang naïf akhirnya mengetahui semua rahsia pengkhianatan Emma ketika dia
membaca surat-surat cinta isterinya itu. Surat-surat tersebut dikarang oleh
Leon dan Rodolphe yang diutuskan kepada Emma dan disimpan dengan rapi dalam
sebuah laci rahsia pada meja Emma.
Charles
hidup melarat kerana terpaksa menanggung hutang keliling pinggang. Dia ditemui
mati oleh Mademoiselle Bovary ketika sedang duduk di tamannya. Berthe terpaksa
tinggal dengan ibu saudaranya yang miskin dan tua kerana neneknya sudah mati
tidak lama dahulu manakala datuknya Rouault sudah lumpuh. Dia terpaksa menyara
dirinya sendiri dengan bekerja di sebuah kilang kapas.
Latar
masyarakat
1.
Tolong
menolong:
-
Lestiboudois membantu menyusun kerusi semasa pameran
pertanian.
- Hippolyte
membantu menghantar surat Charles kepada Canivet di Neufchatel manakala Justin
memecut kuda Charles ke rumah Doktor Lariviere untuk menjemput mereka datang ke
Yonville untuk merawat Emma yang keracunan arsenik (m/s 299).
2.
Berkerja:
-
Charles
bekerja sebagai doktor.
-
Nastasie,
Felicite, Girard dan Theodore bekerja sebagai pembantu rumah.
-
Hippolyte
bekerja sebagai penjaga kuda di Golden
Lion.
-
Hivert
bekerja sebagai pemandu karej yang bernama Swallow.
3.
Suka
berhibur:
-
Marquis
d’ Andervilliers mengadakan majlis tari-menari untuk masuk ke lapangan politik
semula.
-
Charles
dan Emma pergi menonton pementasan teater Lucie
de Lammermoor.
4.
Berpendidikan
-
Charles
belajar perubatan di di sebuah kolej di Rouen.
-
Leon
sambung belajar dalam bidang guaman di Paris.
5.
Mementingkn
diri sendiri:
-
Lheureux
menipu wang Emma dengan mengadakan surat perjanjian hutang.
-
Homais
pada akhir cerita tidak bergaul dengan keluarga Bovary kerana kemiskinan
mereka. Dia tidak membenarkan anak-anaknya bergaul dengan Berthe.
- Homais
bermusuhan dengan keenam-enam doktor yang bekerja di Yonville selepas kematian
Charles. Dia sendiri telah maju dalam perniagaannya.
6.
Melakukan
perbuatan terkutuk:
-
Emma
melakukan perbuatan sumbang di belakang suaminya dengan Rodolphe dan Leon.
-
Rodolphe
seorang kaki perempuan. Dia menyimpan banyak surat daripada ramai wanita.
-
Jiran
tetangga Emma iaitu Madam Tuvache, isteri datuk bandar dan Madam Caron
mengumpat tentang dirinya (m/s 286, 287).
Latar masa
Bermula
tahun 1812 yang mana diceritakan kehidupan bapa Charles semasa zaman mudanya
(m/s 4).
Latar tempat
Tempat
|
Keterangan
|
Rouen
|
·
Kolej
Charles belajar perubatan (m/s 7)
·
Tempat
Leon membawa diri.
·
Pementasan
teater Lucie de Lammermoor yang
ditonton Charles dan Emma (m/s 202).
·
Terletak
Hotel Red Cross dan Hotel de Boulogne.
|
Tostes
|
·
Tempat
Charles pertama kali bertugas sebagai doktor.
·
Rumah
Charles dan Emma sebelum berpindah ke Yonville.
|
Les
Bertaux
|
·
Nama
sebuah ladang yang dimiliki oleh Rouault (m/s 12).
|
La
Vaubyessard
|
·
Kediaman
Marquis d’ Andervilliers di mana majlis tari-menari diadakan.
|
Neufchatel
|
·
Tempat
tinggal Monsieur Canivet (m/s 164).
|
Golden
Lion
|
·
Inn
milik Madam Lefrancois.
·
Hivert
dan Hippolyte bekerja di sini.
·
Tempat
Charles dan Emma disambut ketika datang ke Yonville.
|
La
Huchette
|
·
Nama
ladang Rodolphe.
|
Hotel
Red Cross
|
·
Tempat
Charles dan Emma tinggal ketika di Rouen.
|
Hotel
de Boulogne
|
·
Hotel
di Rouen yang menjadi tempat Leon dan Emma bermadu kasih (m/s 234)
|