Hmm, oleh sebab aku ni dah nak tamat diploma (lagi sebulan je ni ha), so aku tahu la sedikit sebanyak tentang sistem pengajian tinggi specifically pre-U; tentang matrikulasi la, asasi la, diploma, ijazah dan lain2 dan boleh la explain sikit2 bagi memberi pencerahan kepada adik2 yg pening ni. Ni ha adik2 yang sibuk google pasal diploma, asasi semua ni bagai kan.. haa, kau la. kau.. sapa lagi..
Degree atau nama Melayu dia 'ijazah' ni kita boleh cakap dia mcm
lesen laa yg qualify seseorang untuk menjawat sesebuah (or sesuatu?
sebiji? idk) pekerjaan. Contohnya kalau memegang degree engineering, bulehlah jadi engineer. Gitu..
Untuk melayakkan kita semua sambung degree, selepas SPM, kita semua mestilah masuk satu peringkat preparation yg dipanggil PRE-UNIVERISTY.
Contoh pre-u yg wujud di Malaysia termasuklah:
- Diploma
lama nak habis about 3 years, banyak cuti, belajar relax je takde rush2, banyak praktikal, orang cakap diploma sesuai untuk sambung degree engineering; ada fast track 1 and half years if not mistaken; ada juga peluang sambung degree overseas dengan apply sponsor dari JPA or MARA kalau result power; sijil diploma laku untuk minta kerja
- STPM
cheap pre-U yet tough okay; 2 thn je; pakai baju sekolah T_T hihi
- Matrikulasi
1 thn je (ada gak 2 thn); belajar laju dari diploma, people say diploma syllabus for 3 years being compacted to 1 year in matriculation, same goes to asasi; banyak kolej matrikulasi di Malaysia ni contohnya di Kuala Pilah; ada peluang sambung degree overseas; sijil matrikulasi tak laku ok utk mintak kerja, jangan buat malu ok
- Asasi (foundation)
Ada kat UM (PASUM), UiTM, UNIMAS, UIA dll; mcm matrikulasi je; certain uni provide quota and lebih mengutamakan student asasi uni tersebut untuk sambung degree di uni mereka so less competition pressure kepada pelajar2 asasi compared matrikulasi; 1 thn je; ada asasi sains hayat (nak sambung medic, pharmacy ke), asasi sains fizikal (sambung engineering ke), asasi law, asasi TESL dll; ada juga peluang sambung overseas. Asasi boleh dapat biasiswa KPTM.
- A-level
lebih senang daripada IB Diploma. habis cerita; kalau medic about 1 and half years; selalu untuk yg nak sambung gi London, UK, negara2 omputih ni; ada kat INTEC, KYUEM, KMS, Taylors, private uni and others, take 3 subjects only
- IB Diploma
2 thn; banyak aktiviti; assignment menimbun; tough gell; ada buat volunteering work (wajib!); belajar tak deep mcm syllabus asasi dan matrikulasi, public universities di Malaysia tak terima pelajar IB, study 6 subjects
OK ini lah dia sedikit sebanyak yang aku tahu berdasarkan pengalaman ttg beberapa contoh pre-U yg ada di Mesia ni.
So after dah habis pre-u, after dah habis degree, adik2 yang mata bersinar2 tu, yg rajin membaca, mengira buat sampai jaya tu, bulehlah sambung belajar ke peringkat yg lebih tinggi iaitu Master dan seterusnya PHD. So untuk summarize, biar saya bagi satu contoh: Perjalanan hidup Abu:
SPM -> IB Diploma -> Medical degree (MBBS) -> Master in General Surgery
TAMAT
Walaupun tak banyak, tapi harap2 dapat memberi manfaat.
Kalau ada soalan boleh email kat syahsyakirah@yahoo.com. cewahh mcm pakar motivasi ha. takpe2.
ok
Selamat maju jaya dalam hidup!